Semakan Kemasukan Tingkatan 6 2017/2018

Bila nak check dapat masuk Form 6  ke tak? Untuk makluman para calon lepasan (Sijil Pelajaran Malaysia) 2016, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan keputusan tawaran kemasukan pelajar  ke tingkatan 6 (Form 6). Tarikh rasmi akan diumumkan tidak lama lagi oleh pihak lembaga peperiksaan di portal rasmi KPM. Para pelajar boleh menyemak keputusan nanti melalui atas talian (online) atau SMS.

 

Tarikh Semakan Keputusan Kemasukan Tingkatan 6 2017

 

Cara Semak Keputusan Tawaran Tingkatan 6 2017

1) Semakan secara online

Semakan tawaran tingkatan 6 boleh dibuat dengan mudah secara online. Pelajar hanya perlu melayari Aplikasi Semakan Tawaran Tingkatan 6. Dengan menaipkan Nombor IC anda pada ruang sedia ada dan tekan butang Semak. Keputusan akan dikemukakan dan anda boleh mencetak slip keputusan tawaran tersebut.

2) Semakan melalui SMS

Langkah di bawah menunjukkan cara mudah dan cepat pelajar menyemak keputusan dengan menggunakan SMS, dengan adanya handphone anda:

1) Taip MOE<jarak>T6<jarak>No Kad Pengenalan dan hantar SMS ke 15888
2) Taip MOE<jarak>T6<jarak>Angka Giliran dan hantar SMS ke 15888

Syarat Umum Kemasukan Tingkatan 6

Pelajar lepasan SPM yang lulus dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia sudah memenuhi syarat pertama kemasukan ke tingkatan 6.

Selain itu, syarat bagi pelajar daripada aliran Sains Sosial adalah jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik haruslah di bawah atau 12. Tidak melebihi 18 mata unit untuk pelajar aliran Sains, dan tidak melebihi 14 bagi aliran Agama.

 

 

 

Leave a Reply